Surat daripada Presiden
- Kesan alam sekitar yang tinggi dikaitkan dengan penggunaan bahan-bahan, tenaga, air dan kesan-kesan lain daripada penjanaan sisa.
- Kemunculan paradigma baharu bagi penyeliaan produk di mana pelanggan akhir menjangkakan produk yang akan direka, dibuat, dijual dan dilupuskan adalah dengan cara yang selamat dan mesra alam.
- Rantaian bekalan merangkumi kawasan geografi yang berbeza-beza dengan piawaian alam sekitar dan buruh.
- Pemerhatian teliti yang semakin meningkat daripada pelanggan, masyarakat serta pengawal selia piawaian kesihatan dan keselamatan produk pengguna.
Berdasarkan cabaran di atas, kami percaya bahawa penerapan amalan pemuliharaan dalam sesebuah organisasi bukan sahaja wajar tetapi penting.
Seterusnya, fokus masa depan kami dalam pemuliharaan adalah meningkatkan inisiatif semasa dalam penjagaan alam sekitar dan penyeliaan produk serta menambah program-program baharu dalam rantaian bekalan dan penjagaan masyarakat. Kami berada di peringkat awal di dalam perjalanan pemuliharaan kami, untuk mengiktiraf cabaran serta peluang yang berada di hadapan kami. Kami komited untuk menunjukkan ketekunan dan kepimpinan yang diperlukan untuk melakukannya.
Yang Ikhlas,
Vineet Agrawal
Pelan Pemuliharaan 2014/15
-
Pengurangan 5% dalam Tenaga berbanding tahun lepas
-
Pengurangan 5% dalam penggunaan air berbanding tahun lepas
-
Pengurangan 5% dalam sisa berbanding tahun lepas
-
Pengurangan 5% dalam penyejuk top up berbanding tahun lepas
-
Pengurangan 5% dalam penggunaan bahan plastik secara keseluruhan berbanding tahun lepas
-
Pengurangan 20% PVC berbanding tahun lepas
-
Pensijilan ISO 14001: 2004 bagi kilang pengeluaran di Vietnam