Kod Etika Perniagaan

Wipro Unza Malaysia

1. Komitmen kepada integriti

Kod Etika Perniagaan Kumpulan WIPRO UNZA merupakan asas kepada komitmen kami terhadap integritri. Di mana sahaja kami beroperasi, kami akan mematuhi:
– Semua keperluan tertakluk kepada undang-undang, dan
– Piawaian Etika yang telah ditetapkan di dalam Kod ini

2. Kakitangan

Di WIPRO UNZA, kami berusaha untuk membina pejabat yang selamat, profesional, dan rakan sekerja yang menyokong semangat berpasukan dan amanah. Setiap orang yang bekerja untuk WIPRO UNZA menyumbang kepada kejayaan kami dalam mewujudkan syarikat yang unik. Bekerja bersama daripada pelbagai bakat dan perspektif, kami akan merangsang peluang kreatif dan baharu untuk perniagaan kami.

Kami komited untuk mewujudkan persekitaran yang tidak mendiskriminasi kakitangan dan rakan perniagaan atas dasar jantina, umur, bangsa, agama serta budaya. Kami juga akan bekerja dalam niat baik dengan kesatuan kakitangan dan badan-badan yang dipilih secara kolektif oleh kakitangan untuk menjadi wakil mereka dalam rangka kerja undang-undang yang sesuai.

3. Rakan Niaga

Di WIPRO UNZA, kami percaya hubungan perniagaan dibina berdasarkan kepercayaan dan kepentingan bersama, di mana kedua-dua pihak mendapat manfaat, adalah penting untuk kejayaan kami. Kami akan berusaha untuk mewujudkan kepentingan bersama dengan memahami keperluan pelanggan kami, kontraktor, pengedar dan usaha sama serta menjalankannya dengan amanah, tanggungjawab dan penuh adil.

Kejayaan antarabangsa kami yang berterusan bergantung kepada persaingan agresif, tetapi apabila kami bersaing, kami bersaing secara adil dan mematuhi undang-undang sepenuhnya.

3.1. Hadiah dan hiburan

WIPRO UNZA mempunyai polisi ketat untuk Hadiah dan Hiburan, yang menetapkan perilaku kakitangan kami untuk semua situasi. WIPRO UNZA mematuhi dasar polisi “Tiada Hadiah” untuk kesemua peraturan dan badan-badan berkanun. Dalam situasi perniagaan lain, kod ditetapkan untuk tiada pemberian hadiah dan menetapkan nilai nominal untuk sesetengah majlis pemberian hadiah mengikut budaya tempatan. Pertukaran hadiah dan hiburan boleh membina muhibah dalam hubungan perniagaan, tetapi sesetengah hadiah dan hiburan boleh mewujudkan pengaruh yang tidak wajar. Terdapat juga yang boleh ditafsirkan sebagai rasuah yang akan merosakkan reputasi WIPRO UNZA akibat melanggar tindakan undang-undang.

3.2. Konflik kepentingan

WIPRO UNZA menghormati privasi kakitangannya. Oleh itu, kami tidak mengambil tahu hal peribadi kakitangan. Walaubagaimanapun, aktiviti peribadi, sosial, kewangan dan politik kakitangan yang berpotensi mengganggu kesetiaan dan fokus kakitangan terhadap Kumpulan, konflik kepentingan akan wujud dan ianya harus diselesaikan. Konflik sebenar harus dielakkan, tetapi kemunculan konflik kepentingan membahayakan juga.
Konflik kepentingan boleh timbul dalam pelbagai cara. Berikut adalah contoh-contoh sebahagiannya. Pekerjaan dan hubungan di luar boleh menimbulkan konflik kepentingan:

  • Pekerjaan kedua
  • Berkhidmat sebagai pengarah dan perunding
  • Menjaga kepentingan kewangan (sama ada secara langsung atau melalui pasangan atau saudara terdekat)

Mana-mana yang di atas berkaitan dengan syarikat pesaing, pelanggan atau pengedar barangan dan perkhidmatan untuk WIPRO UNZA, mungkin menimbulkan kepentingan konflik, atau kemunculan kepentingan konflik.

3.3. Wang Haram

Wang haram merupakan proses di mana individu atau entiti cuba menyembunyikan dana haram, atau membuatkan dana kelihatan sah.

WIPRO UNZA tidak akan membiarkan, memudahkan atau menyokong wang haram.

4. Aset syarikat dan integriti kewangan

Kami mempunyai tanggungjawab dan kewajipan yang sah untuk melindungi aset fizikal, harta intelektual dan aset kewangan WIPRO UNZA. Kami akan mematuhi semua undang dan peraturan-peraturan (termasuk GAAP) dalam setiap bidang kuasa di mana kami beroperasi. Kami akan berterus terang & telus mengenai operasi dan prestasi kami, tepat dalam rakaman dan laporan data dan keputusan serta berhati-hati dalam penggunaan aset dan sumber kami.

Dokumen dan rekod-rekod perlu disimpan mengikut undang-undang.

5. Kerajaan, rakan perniagaan dan masyarakat

WIPRO UNZA berazam bahawa negara-negara dan masyarakat di mana kami beroperasi harus mendapat manfaat daripada kehadiran kami, melalui kekayaan dan pekerjaan yang diwujudkan, kemahiran yang dibangunkan di dalam penduduk tempatan dan pelaburan masa dan wang kami pada orang ramai. Kami akan berusaha ke arah penambahbaikan yang boleh diukur dan menyumbang kepada pertumbuhan sebenar, pertumbuhan sendiri daripada komuniti di mana kami beroperasi.

Kami tidak akan terlibat dalam rasuah atau penyelewengan dalam apa jua bentuk. Rasuah adalah musuh pembangunan dan kemajuan manusia, dan kami komited kepada ketelusan dalam semua urusan kami.

Kami akan melibatkan diri dengan semua kerajaan di dalam bidang kuasa kami beroperasi. Syarikat tidak akan mengambil bahagian dalam aktiviti politik, dan tidak akan membuat sebarang sumbangan politik di mana-mana negara.

6. Komunikasi luar – Pelabur, penganalisis dan media

Komunikasi luar dengan mereka memerlukan pertimbangan yang teliti dan memerlukan pemahaman yang unik tentang isu-isu undang-undang dan media. Hanya kakitangan khusus yang diberi kuasa boleh bertindak balas kepada pertanyaan daripada ahli-ahli komuniti pelaburan (contohnya pemegang saham, broker, penganalisis pelaburan, media dan lain-lain).

7. Kesihatan, keselamatan, perlindungan dan alam sekitar (HSSE)

WIPRO UNZA komited untuk menyediakan setiap kakitangan WIPRO UNZA, bersama kakitangan-kakitangan syarikat lain yang bekerja di premis kami, dengan persekitaran kerja yang selamat dan terjamin di mana tiada siapa tertakluk kepada apa-apa risiko.

Kami sedar bahawa operasi yang selamat bukan sahaja bergantung kepada kilang dan peralatan yang baik, tetapi juga orang-orang yang berwibawa dan budaya HSSE yang aktif.

Mematuhi peraturan keselamatan sahaja tidak mencukupi. Komitmen WIPRO UNZA untuk keselamatan bermakna setiap daripada kami perlu berwaspada terhadap risiko keselamatan apabila menjalankan tugas.

Di mana sahaja kami beroperasi, kami akan berusaha untuk mengurangkan apa-apa kerosakan kepada alam sekitar yang timbul daripada aktiviti kami.